mari-mari...belum lihat belum tahu.!!!

Saturday, February 26, 2011

Setahun Berlalu..


Setahun sudah berlalu..setahun yang mana aku fokuskan kepada kerjaya ku..kini semuanya sudah ok..perbezaan yang ketara antara kerja lama ku dengan kerja yang aku pikul sekarang..dahulu semuanya kerana pelanggan..kini semuanya kerana komuniti..kerjaya ku berkehendakkanku banyak menabur bakti kepada komuniti..aku gembira dengan cara ini..gembira bila kerja2 yang kita lakukan dihargai orang lain..gembira bila kerja kerja yang kita sudahkan dilempari dengan senyuman oleh orang lain..namun persoalan masih tetap bermain diminda ku...sampai bilakah..??


Setahun berlalu kini aku mula kembali aktif dalam persatuan-persatuan kg.kalau dulu aku banyak menghabiskan diri dengan gerakan Belia..tapi kini aku telah beralih ke Generasi Kedua...ini lebih sesuai bagi ku memandangkan aku sekarang ketua keluarga..


ADA MATLAMAT yang KAMI PERJUANGKAN.....


seperti biasa aku diberikan tanggung jawab dalam pertubuhan ini...memandangkan orang orang lama semasa belia dahulu masih ada disini jadi mereka meminta ku sekali lagi membantu menabur bakti..


Friday, February 25, 2011

Tenang..


Keadaan semakin baik dan tenang..kehidupan yang dahulunya aku rasakan kelam kabut telah kembali tenang..bak setenangnya air di kali..begitulah perumpamaan kehidupan ku sekarang. Kalau dahulu aku sentiasa berlawan dengan waktu..mengejar masa untuk meneruskan kehidupan,yang kadang kadang membuatkan aku keliru dan kaku..tapi sekarang aku rasakan yang masa seperti bersama ku..terpulang kepadaku untuk mengawal dan tidak membazirkannya..Kalau dahulu kehidupanku terikat dengan kerja yang tidak menentu..sekarang tidak lagi..tiada lagi kerja shift yang tidak menentu...tiada lagi kerja hingga kelewat malam..tiada lagi mesyuarat itu dan ini...tiada lagi pakaian seragam yang memanaskan badan dan semuanya tiada lagiii......


Kini banyak masa kuluangkan bersama anak isteri..kini banyak masa kuluangkan untuk bersukan..kini banyak perkara-perkara lama boleh kulakukan semula dan yang penting kini aku ada disamping ibu tercinta walaupun tidak banyak yang aku mampu bantunya cukuplah sekadar aku ada disisi nya ketika dia memerlukanku....

Tuesday, February 22, 2011

Kini..


Kini..

Aku kembali lagi..aku disini lagi..muka-muka yang sama masih kekal didepan mataku..cuma sedikit yg berbeza..cuma sedikit yg berubah..namun perubahan ini tak sedikit pun merubah niatku untuk kembali..aku bangga aku kembali setelah lama aku kembara mencari ilmu dan ayat dalam kehidupan...


Kini...

Aku tak seperti dahulu..aku berbeza..keazamanku sudah tinggi melangit..walaupun rentak ku sudah tidak seperti dahulu,namun sasaranku masih teguh dan masih kekal seperti dahulu...aku sudah bersedia bergerak dan membangun bersama sama mereka yg mahukan pembangunan dan kebenaran...


Kini..

Aku masih gembira kerana teman2 rapat ku yang dahulu kebanyakannya masih setia bersama disini..walaupun rentak perjuangan sudah jauh berbeza namun yang pentingnya mereka masih disini dan mungkin akan terus disini...muka-muka inilah pembangkit semangat dan pencetus idea-idea untuk aku terus berbakti dan membantu kepada sesiapa yang memerlukan...


Thursday, February 17, 2011

AKU


AKU.....
asalnya keturunanku nun dari sana..mungkin jauh disana laa..namun aku hanya disini..dan masih disini dan mungkin akan terus disini. Bertahun lamanya aku merantau keluar sana..namun akhirnya aku kembali..kembali semula ke tempat asalnya..kembali semula keawalnya..kembali semula ke permulaannya...namun kembalinya aku kali ini dengan seribu kelainan..aku bukan seperti 6 atau 7 tahun dahulu..aku berbeza..mungkin laa..dari pandangan mata kasarnyaa...

AKU....
asalnya aku memang inginkan kehidupan disini saja..namun sedikit ku cube masih belum cukup untuk memuaskan kehendak mereka..aku cuba lagi..namun masih tak berdaya..akhirnya aku kalah dah ku undurkan diri...NAMUN..didalam hatiku kusimpan keazaman untuk kembali..kembali keasalnya dengan lebih keazaman dan kebanggaan...