mari-mari...belum lihat belum tahu.!!!

Friday, February 25, 2011

Tenang..


Keadaan semakin baik dan tenang..kehidupan yang dahulunya aku rasakan kelam kabut telah kembali tenang..bak setenangnya air di kali..begitulah perumpamaan kehidupan ku sekarang. Kalau dahulu aku sentiasa berlawan dengan waktu..mengejar masa untuk meneruskan kehidupan,yang kadang kadang membuatkan aku keliru dan kaku..tapi sekarang aku rasakan yang masa seperti bersama ku..terpulang kepadaku untuk mengawal dan tidak membazirkannya..Kalau dahulu kehidupanku terikat dengan kerja yang tidak menentu..sekarang tidak lagi..tiada lagi kerja shift yang tidak menentu...tiada lagi kerja hingga kelewat malam..tiada lagi mesyuarat itu dan ini...tiada lagi pakaian seragam yang memanaskan badan dan semuanya tiada lagiii......


Kini banyak masa kuluangkan bersama anak isteri..kini banyak masa kuluangkan untuk bersukan..kini banyak perkara-perkara lama boleh kulakukan semula dan yang penting kini aku ada disamping ibu tercinta walaupun tidak banyak yang aku mampu bantunya cukuplah sekadar aku ada disisi nya ketika dia memerlukanku....

No comments:

Post a Comment